الْمُعِيدُ
Al Mu'eed
Yang Maha Mengembalikan
Matan al-Maqṣad al-Asnā
Bab al-Mubdiʾ dan al-Muʿīd
مَعْنَاهُ: الْمُوجِدُ، لَكِنَّ الْإِيجَادَ إِذَا لَمْ يَكُنْ مَسْبُوقًا بِمِثْلِهِ.. سُمِّيَ إِبْدَاءً، وَإِذَا كَانَ مَسْبُوقًا بِمِثْلِهِ.. سُمِّيَ إِعَادَةً.
Maknanya: Yang Mengadakan. Tetapi mengadakan, jika tidak didahului oleh yang seumpamanya, dinamakan memulakan (ibdaʾ); dan jika didahului oleh yang seumpamanya, dinamakan mengembalikan (iʿadah).
وَاللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى بَدَأَ خَلْقَ النَّاسِ، ثُمَّ هُوَ الَّذِي يُعِيدُهُمْ؛ أَيْ: يَحْشُرُهُمْ، وَالْأَشْيَاءُ كُلُّهَا مِنْهُ بَدَتْ، وَإِلَيْهِ تَعُودُ، وَبِهِ بَدَتْ، وَبِهِ تَعُودُ.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala memulakan penciptaan manusia, kemudian Dialah yang mengembalikan mereka, iaitu menghimpunkan mereka (pada hari kiamat). Segala sesuatu bermula daripada-Nya dan kepada-Nya ia kembali; dengan-Nya ia bermula dan dengan-Nya ia kembali.
Nota: Syarah ini berpegang teguh pada manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah (Asyairah dan Maturidiah) yang mensucikan Allah dari menyerupai makhluk (Tanzih).