الضَّارُّ
Ad Daarr
Yang Maha Mendatangkan Mudarat
Matan al-Maqṣad al-Asnā
Bab al-Ḍārr dan al-Nāfiʿ
هُوَ الَّذِي يَصْدُرُ مِنْهُ الْخَيْرُ وَالشَّرُّ، وَالنَّفْعُ وَالضُّرُّ.
Dialah yang daripada-Nya terbit kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat.
وَكُلُّ ذَلِكَ مَنْسُوبٌ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى: إِمَّا بِوَاسِطَةِ الْمَلَائِكَةِ وَالْإِنْسِ وَالْجَمَادَاتِ، أَوْ بِغَيْرِ وَاسِطَةٍ.
Semua itu dinisbahkan kepada Allah Ta‘ala, sama ada melalui perantaraan malaikat, manusia dan benda-benda tidak bernyawa, atau tanpa perantaraan.
فَلَا تَظُنَّنَّ أَنَّ السُّمَّ يَقْتُلُ وَيَضُرُّ بِنَفْسِهِ، وَأَنَّ الطَّعَامَ يُشْبِعُ وَيَنْفَعُ بِنَفْسِهِ، وَأَنَّ الْمَلَكَ وَالْإِنْسَانَ وَالشَّيْطَانَ أَوْ شَيْئًا مِنَ الْمَخْلُوقَاتِ؛ مِنْ فَلَكٍ أَوْ كَوْكَبٍ أَوْ غَيْرِهِمَا.. يَقْدِرُ عَلَى خَيْرٍ أَوْ شَرٍّ، أَوْ نَفْعٍ أَوْ ضُرٍّ بِنَفْسِهِ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ أَسْبَابٌ مُسَخَّرَةٌ لَا يَصْدُرُ مِنْهَا إِلَّا مَا سُخِّرَتْ لَهُ.
Maka janganlah sekali-kali engkau menyangka bahawa racun membunuh dan memudaratkan dengan sendirinya, atau makanan mengenyangkan dan memberi manfaat dengan sendirinya, atau malaikat, manusia, syaitan atau mana-mana makhluk, seperti falak, bintang atau selainnya, berkuasa atas kebaikan atau keburukan, manfaat atau mudarat dengan sendirinya. Bahkan semuanya ialah sebab-sebab yang ditundukkan; tiada yang terbit daripadanya melainkan apa yang ia ditundukkan untuknya.
وَجُمْلَةُ ذَلِكَ بِالْإِضَافَةِ إِلَى الْقُدْرَةِ الْأَزَلِيَّةِ.. كَالْقَلَمِ بِالْإِضَافَةِ إِلَى الْكَاتِبِ فِي اعْتِقَادِ الْعَامِّيِّ، وَكَمَا أَنَّ السُّلْطَانَ إِذَا وَقَّعَ بِكَرَامَةٍ أَوْ عُقُوبَةٍ لَمْ يُرَ ضَرَرُ ذَلِكَ وَلَا نَفْعُهُ مِنَ الْقَلَمِ، بَلْ مِنَ الَّذِي الْقَلَمُ مُسَخَّرٌ لَهُ.. فَكَذَلِكَ سَائِرُ الْوَسَائِطِ وَالْأَسْبَابِ.
Semua itu, berbanding kuasa Allah yang azali, adalah seperti pena berbanding penulis menurut fahaman orang awam. Sebagaimana apabila seorang sultan menandatangani perintah memuliakan atau menghukum, mudarat atau manfaatnya tidak dilihat datang daripada pena, tetapi daripada orang yang pena itu tunduk kepadanya; demikianlah semua perantara dan sebab.
وَإِنَّمَا قُلْنَا: (فِي اعْتِقَادِ الْعَامِّيِّ) لِأَنَّ الْجَاهِلَ هُوَ الَّذِي يَرَى الْقَلَمَ مُسَخَّرًا لِلْكَاتِبِ، وَالْعَارِفُ يَعْلَمُ أَنَّهُ مُسَخَّرٌ فِي يَدِهِ لِلَّهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى، وَهُوَ الَّذِي الْكَاتِبُ مُسَخَّرٌ لَهُ؛
Kami katakan (menurut fahaman orang awam) kerana orang yang jahil melihat pena tunduk kepada penulis, sedangkan orang yang arif mengetahui bahawa pena itu tunduk, di tangannya, kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala; dan Dialah yang kepada-Nya penulis itu sendiri tunduk.
فَإِنَّهُ مَهْمَا خَلَقَ الْكَاتِبَ، وَخَلَقَ لَهُ الْقُدْرَةَ، وَسَلَّطَ عَلَيْهِ الدَّاعِيَةَ الْجَازِمَةَ الَّتِي لَا تَرَدُّدَ فِيهَا.. صَدَرَتْ مِنْهُ حَرَكَةُ الْأَصَابِعِ وَالْقَلَمِ لَا مَحَالَةَ، شَاءَ أَمْ أَبَى، بَلْ لَا يُمْكِنُهُ أَلَّا يَشَاءَ.
Kerana apabila Allah menciptakan penulis, menciptakan kuasa baginya, dan menguasakan atasnya dorongan yang putus tanpa ragu, maka terbitlah daripadanya gerakan jari-jari dan pena, tidak dapat tidak, sama ada dia mahu atau enggan; bahkan dia tidak mampu untuk tidak mahu.
فَإِذًا؛ الْكَاتِبُ بِقَلَمِ الْإِنْسَانِ وَيَدِهِ.. هُوَ اللَّهُ تَعَالَى.
Maka yang menulis dengan pena dan tangan manusia itu ialah Allah Ta‘ala.
فَإِذَا عَرَفْتَ هَذَا فِي الْحَيَوَانِ الْمُخْتَارِ.. فَهُوَ فِي الْجَمَادِ أَظْهَرُ.
Apabila engkau telah mengetahui hal ini pada makhluk hidup yang mempunyai pilihan, maka pada benda tidak bernyawa ia lebih zahir.
Nota: Syarah ini berpegang teguh pada manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah (Asyairah dan Maturidiah) yang mensucikan Allah dari menyerupai makhluk (Tanzih).