النُّورُ
An Noor
Yang Maha Memberi Cahaya/Hidayah
Matan al-Maqṣad al-Asnā
Takrif al-Nūr
هُوَ الظَّاهِرُ الَّذِي بِهِ كُلُّ ظُهُورٍ؛ فَإِنَّ الظَّاهِرَ فِي نَفْسِهِ الْمُظْهِرَ لِغَيْرِهِ يُسَمَّى نُورًا.
Dialah Yang Zahir, yang dengan-Nya setiap sesuatu menjadi zahir; kerana sesuatu yang zahir pada dirinya dan menzahirkan yang lain dinamakan cahaya.
وَمَهْمَا قُوبِلَ الْوُجُودُ بِالْعَدَمِ.. كَانَ الظُّهُورُ لَا مَحَالَةَ لِلْوُجُودِ، وَلَا ظَلَامَ أَظْلَمُ مِنَ الْعَدَمِ، فَالْبَرِيءُ عَنْ ظُلْمَةِ الْعَدَمِ بَلْ عَنْ إِمْكَانِ الْعَدَمِ، الْمُخْرِجُ كُلَّ الْأَشْيَاءِ مِنْ ظُلْمَةِ الْعَدَمِ إِلَى ظُهُورِ الْوُجُودِ.. جَدِيرٌ بِأَنْ يُسَمَّى نُورًا.
Apabila wujud dibandingkan dengan tiada, maka kezahiran tidak dapat tidak milik wujud; dan tiada kegelapan yang lebih gelap daripada tiada. Maka Dia yang bebas daripada kegelapan tiada, bahkan daripada kemungkinan tiada, dan yang mengeluarkan segala sesuatu daripada kegelapan tiada kepada nyatanya wujud, layak dinamakan Cahaya.
وَالْوُجُودُ: نُورٌ فَائِضٌ عَلَى الْأَشْيَاءِ كُلِّهَا مِنْ نُورِ ذَاتِهِ؛ فَهُوَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ.
Wujud ialah cahaya yang melimpah ke atas segala sesuatu daripada cahaya zat-Nya; maka Dialah cahaya langit dan bumi.
وَكَمَا أَنَّهُ لَا ذَرَّةَ مِنْ نُورِ الشَّمْسِ إِلَّا وَهِيَ دَالَّةٌ عَلَى وُجُودِ الشَّمْسِ الْمُنَوِّرَةِ.. فَلَا ذَرَّةَ مِنْ مَوْجُودَاتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا وَهِيَ بِجَوَازِ وُجُودِهَا دَالَّةٌ عَلَى وُجُوبِ وُجُودِ مُوجِدِهَا،
Sebagaimana tiada satu zarah pun daripada cahaya matahari melainkan ia menunjukkan wujudnya matahari yang menyinari, demikianlah tiada satu zarah pun daripada segala yang wujud di langit, di bumi dan di antara keduanya melainkan ia, dengan keadaan wujudnya yang harus, menunjukkan wajibnya wujud Yang mewujudkannya.
وَمَا ذَكَرْنَاهُ فِي مَعْنَى الظَّاهِرِ يُفْهِمُكَ مَعْنَى النُّورِ، وَيُغْنِيكَ عَنِ التَّعَسُّفَاتِ الْمَذْكُورَةِ فِي مَعْنَاهُ.
Apa yang telah kami sebutkan tentang makna al-Ẓāhir memberi kefahaman kepadamu tentang makna al-Nūr, dan mencukupkan engkau daripada tafsiran-tafsiran yang dipaksa-paksakan tentang maknanya.
Nota: Syarah ini berpegang teguh pada manhaj Ahlus Sunnah wal Jama'ah (Asyairah dan Maturidiah) yang mensucikan Allah dari menyerupai makhluk (Tanzih).