Panduan Wuduk
Wuduk langkah demi langkah dengan doanya, berpandukan Bidayat al-Hidayah, serta rukun, sunat dan perkara yang membatalkannya.
Sebelum Mula
Bersugi, duduk menghadap kiblat, kemudian mulakan dengan Basmalah.
Lafaz Niat & Bacaan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
Bismillahir rahmanir rahim. Rabbi a'uzu bika min hamazatisy syayathin, wa a'uzu bika rabbi an yahdhurun.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan, dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, daripada kehadiran mereka.
Syarah & Penerangan
Basmalah ialah sunat. Jika ditinggalkan, wuduk tetap sah (al-Adhkar, hlm. 78). Imam al-Ghazali menyambungnya dengan doa berlindung daripada syaitan, dari Surah al-Mu'minun.
Rujukan: Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 79; Imam al-Nawawi, al-Adhkar, hlm. 78.
Cara / Panduan
- 1Bersugi (gosok gigi): ia membersihkan mulut dan diredai Allah.
- 2Duduk menghadap kiblat di tempat yang tinggi sedikit, supaya tidak terkena percikan air.
- 3Baca Basmalah. Jika terlupa di awal, bacalah di pertengahan wuduk.
Niat Wuduk
Niat ialah rukun pertama. Tempatnya di hati, ketika air mula menyentuh muka.
Lafaz Niat & Bacaan
نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu raf'al hadathil asghari lillahi ta'ala.
Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta‘ala.
Syarah & Penerangan
Niat mesti ada dalam hati ketika air mula menyentuh mana-mana bahagian muka: atas, tengah atau bawah. Jika sebahagian muka dibasuh sebelum niat, bahagian itu perlu dibasuh semula.
Imam al-Ghazali menyebut niat mengangkat hadas atau niat untuk mengharuskan solat. Melafazkannya sunat, untuk membantu hati.
Rujukan: Syeikh Nawawi al-Bantani, Kasyifat al-Saja, hlm. 59; Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 80.
Cara Berwuduk dan Doa Setiap Anggota
Ikut turutan ini. Setiap basuhan dan sapuan dibuat tiga kali; yang bertanda rukun wajib sekurang-kurangnya sekali.
Lafaz Niat & Bacaan
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْيُمْنَ وَالْبَرَكَةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشُّؤْمِ وَالْهَلَكَةِ
Allahumma inni as'alukal yumna wal barakah, wa a'uzu bika minasy syu'mi wal halakah.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keberkatan dan kebaikan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kecelakaan dan kebinasaan.
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى تِلَاوَةِ كِتَابِكَ وَكَثْرَةِ الذِّكْرِ لَكَ، وَثَبِّتْنِي بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ
Allahumma a'inni 'ala tilawati kitabika wa kathratidz dzikri lak, wa thabbitni bil qawlith thabiti fil hayatid dunya wa fil akhirah.
Ya Allah, bantulah aku membaca kitab-Mu dan memperbanyak zikir kepada-Mu, dan teguhkanlah aku dengan kalimah yang teguh dalam kehidupan dunia dan di akhirat.
اللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَأَنْتَ عَنِّي رَاضٍ
Allahumma arihni ra'ihatal jannah, wa anta 'anni radh.
Ya Allah, ciumkanlah aku bau syurga, sedang Engkau reda kepadaku.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ رَوَائِحِ النَّارِ وَمِنْ سُوءِ الدَّارِ
Allahumma inni a'uzu bika min rawa'ihin nar, wa min su'id dar.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bau neraka dan daripada seburuk-buruk tempat kembali.
اللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِي بِنُورِكَ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهُ أَوْلِيَائِكَ، وَلَا تُسَوِّدْ وَجْهِي بِظُلُمَاتِكَ يَوْمَ تَسْوَدُّ وُجُوهُ أَعْدَائِكَ
Allahumma bayyidh wajhi binurika yawma tabyadhdhu wujuhu awliya'ik, wa la tusawwid wajhi bizhulumatika yawma taswaddu wujuhu a'da'ik.
Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan cahaya-Mu pada hari putihnya wajah para wali-Mu, dan janganlah Engkau hitamkan wajahku dengan kegelapan-Mu pada hari hitamnya wajah musuh-musuh-Mu.
اللَّهُمَّ أَعْطِنِي كِتَابِي بِيَمِينِي، وَحَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
Allahumma a'thini kitabi biyamini, wa hasibni hisaban yasira.
Ya Allah, berikanlah kitab amalanku di tangan kananku, dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ تُعْطِيَنِي كِتَابِي بِشِمَالِي أَوْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي
Allahumma inni a'uzu bika an tu'thiyani kitabi bisyimali aw min wara'i zhahri.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada diberikan kitab amalanku di tangan kiriku atau dari belakangku.
اللَّهُمَّ غَشِّنِي بِرَحْمَتِكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ مِنْ بَرَكَاتِكَ، وَأَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّكَ، اللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعَرِي وَبَشَرِي عَلَى النَّارِ
Allahumma ghasysyini birahmatik, wa anzil 'alayya min barakatik, wa azhillani tahta zhilli 'arsyika yawma la zhilla illa zhilluk. Allahumma harrim sya'ari wa basyari 'alan nar.
Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat-Mu, turunkanlah kepadaku keberkatan-Mu, dan naungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tiada naungan selain naungan-Mu. Ya Allah, haramkanlah rambut dan kulitku daripada api neraka.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ، اللَّهُمَّ أَسْمِعْنِي مُنَادِيَ الْجَنَّةِ مَعَ الْأَبْرَارِ
Allahummaj'alni minal lazina yastami'unal qawla fayattabi'una ahsanah. Allahumma asmi'ni munadiyal jannati ma'al abrar.
Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik daripadanya. Ya Allah, perdengarkanlah kepadaku seruan syurga bersama orang-orang yang baik.
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمَيَّ عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ الْأَقْدَامُ فِي النَّارِ
Allahumma thabbit qadamayya 'alas sirathi yawma tazillul aqdamu fin nar.
Ya Allah, tetapkanlah kedua-dua kakiku di atas titian Sirat pada hari tergelincirnya kaki-kaki ke dalam neraka.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ تَزِلَّ قَدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ أَقْدَامُ الْمُنَافِقِينَ
Allahumma inni a'uzu bika an tazilla qadami 'alas sirathi yawma tazillu aqdamul munafiqin.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada tergelincir kakiku di atas titian Sirat pada hari tergelincirnya kaki orang-orang munafik.
Syarah & Penerangan
Status doa anggota: Imam al-Nawawi menegaskan bahawa doa bagi setiap anggota wuduk tidak datang daripada Nabi ﷺ, namun para fuqaha menyatakan ia sunat dibaca kerana diriwayatkan daripada ulama salaf (al-Adhkar, hlm. 81). Bacalah sebagai doa yang baik, bukan sebagai sunnah yang diriwayatkan daripada Baginda ﷺ.
Imam al-Ghazali juga menyebut menyapu tengkuk dengan doanya. Imam al-Nawawi berpendapat ia tidak sunat, manakala sebahagian ulama menganggapnya baik (Maraqi al-‘Ubudiyyah, hlm. 61–63). Panduan ini tidak memasukkannya dalam langkah wuduk.
Lafaz doa mengikut cetakan Dar al-Minhaj. Cetakan Kaherah 1908 menambah «الْمُسْتَقِيمِ مَعَ أَقْدَامِ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ» pada doa kaki kanan, dan «وَالْمُشْرِكِينَ» pada doa kaki kiri.
Rujukan: Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 79–84, dan cetakan al-Matba‘ah al-‘Amirah (Kaherah, 1908), hlm. 7–8; Imam al-Nawawi, al-Adhkar, hlm. 81; Syeikh Nawawi al-Bantani, Maraqi al-‘Ubudiyyah, hlm. 59–63.
Cara / Panduan
- 1Basuh kedua-dua tapak tangan tiga kali sebelum memasukkannya ke dalam bekas.
- 2Berkumur tiga kali. Jika berpuasa, jangan bersungguh-sungguh hingga air ke kerongkong.
- 3Masukkan air ke hidung tiga kali, kemudian hembuskan.
- 4Basuh muka (rukun), bersama niat: dari tempat tumbuh rambut dahi hingga bawah dagu, dan dari telinga ke telinga. Sampaikan air ke celah janggut yang nipis; selati janggut yang tebal.
- 5Basuh tangan kanan, kemudian kiri, hingga meliputi siku (rukun).
- 6Sapu kepala (rukun: memadai sebahagian kepala). Sunat menyapu seluruh kepala: letakkan jari di hadapan kepala, bawa ke tengkuk, kemudian kembali ke hadapan.
- 7Sapu kedua-dua telinga, luar dan dalam, dengan air yang baharu.
- 8Basuh kaki kanan, kemudian kiri, hingga meliputi buku lali (rukun), dan selati jari-jari kaki dengan jari kelingking tangan kiri.
- 9Ikut tertib seperti di atas (rukun).
Doa Selepas Wuduk
Menghadap kiblat dan mengangkat pandangan ke langit, kemudian membaca doa.
Lafaz Niat & Bacaan
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ، وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ
Asyhadu an la ilaha illallahu wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh. Allahummaj'alni minat tawwabin, waj'alni minal mutatahhirin.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada orang yang menyucikan diri.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Subhanakallahumma wa bihamdik, asyhadu an la ilaha illa ant, astaghfiruka wa atubu ilaik.
Maha Suci Engkau, ya Allah, dan dengan memuji-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu.
Syarah & Penerangan
Penyaksian ini diriwayatkan oleh Muslim (234): sesiapa yang berwuduk dengan sempurna lalu membacanya, dibukakan baginya lapan pintu syurga. Tambahan “Allahummaj'alni minat tawwabin…” diriwayatkan oleh al-Tirmizi, dan “Subhanakallahumma…” oleh al-Nasa'i.
Rujukan: Imam al-Nawawi, al-Adhkar, hlm. 79–80; Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 84–85.
Rukun Wuduk (Ada 6)
Perkara wajib yang jika tertinggal salah satu daripadanya, wuduk tidak sah.
Syarah & Penerangan
Imam al-Ghazali menyimpulkan: yang wajib ialah niat, membasuh muka, tangan bersama siku, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kaki bersama buku lali, sekali sekali secara tertib; yang selebihnya sunat muakkad.
Rujukan: Syeikh Nawawi al-Bantani, Kasyifat al-Saja, hlm. 59; Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 89.
Cara / Panduan
- 1Niat ketika membasuh muka.
- 2Membasuh seluruh muka (dari had rambut hingga ke bawah dagu, dan dari telinga ke telinga).
- 3Membasuh kedua-dua belah tangan hingga meliputi siku.
- 4Menyapu sedikit air di sebahagian kepala (walaupun sehelai rambut dalam had kepala).
- 5Membasuh kedua-dua belah kaki hingga meliputi buku lali.
- 6Tertib (mengikut urutan seperti di atas).
Perkara Sunat Wuduk
Amalan yang digalakkan untuk menyempurnakan wuduk.
Syarah & Penerangan
Rujukan: Syeikh Nawawi al-Bantani, Kasyifat al-Saja, hlm. 62; Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 79–85.
Cara / Panduan
- 1Bersugi.
- 2Membaca Basmalah di awal wuduk.
- 3Membasuh kedua-dua tapak tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas.
- 4Berkumur dan memasukkan air ke hidung.
- 5Menyapu seluruh kepala.
- 6Menyapu kedua-dua telinga, luar dan dalam.
- 7Menyelati janggut yang tebal dan jari-jari tangan dan kaki.
- 8Mendahulukan anggota kanan.
- 9Mengulang setiap basuhan dan sapuan tiga kali.
- 10Berturut-turut tanpa jeda yang lama.
- 11Membaca doa selepas wuduk sambil menghadap kiblat.
Perkara yang Dielakkan Ketika Berwuduk
Tujuh perkara yang makruh menurut Imam al-Ghazali.
Syarah & Penerangan
Was-was ialah permainan syaitan terhadap orang yang berwuduk. Imam al-Ghazali menyebut nama syaitan itu al-Walhan.
Rujukan: Imam al-Ghazali, Bidayat al-Hidayah (Dar al-Minhaj 2004), hlm. 85–86, dan cetakan Kaherah 1908, hlm. 9; Maraqi al-‘Ubudiyyah, hlm. 68.
Cara / Panduan
- 1Mengibas tangan sehingga air memercik.
- 2Menampar muka dan kepala dengan air.
- 3Bercakap ketika berwuduk.
- 4Membasuh lebih daripada tiga kali.
- 5Membazir air kerana was-was.
- 6Berwuduk dengan air yang dipanaskan oleh matahari.
- 7Berwuduk daripada bekas tembaga.
Perkara Membatalkan Wuduk
Empat perkara yang membatalkan wuduk menurut mazhab Syafi‘i.
Syarah & Penerangan
Air mani sendiri tidak membatalkan wuduk, kerana ia mewajibkan perkara yang lebih besar, iaitu mandi wajib.
Rujukan: Syeikh Nawawi al-Bantani, Kasyifat al-Saja, hlm. 77–78.
Cara / Panduan
- 1Keluar sesuatu dari qubul atau dubur, seperti air kencing, najis, angin, mazi atau wadi, kecuali air mani sendiri.
- 2Hilang akal kerana tidur, gila, pitam atau mabuk, kecuali tidur dalam keadaan duduk yang tetap punggungnya.
- 3Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tanpa berlapik.
- 4Menyentuh kemaluan atau dubur manusia dengan tapak tangan atau perut jari, tanpa berlapik.